Google Training: Be Internet Awesome Di SMK Kampung Nangka Sibu

07 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 6 November 2018, Selasa, Pusat Internet Kg. Bandong dengan kerjasama Pusat Internet Bawang Assan telah dijemput untuk mengadakan program Google Training: Be Internet Awesome bersama pelajar lepasan PT3 di Dewan Alamas SMK Kampung Nangka Sibu. Program ini dijalankan selama 2 jam bermula pada pukul 8:00 pagi sehingga 10:00 pagi.

Seramai 94 orang pelajar dan seorang guru yang terlibat dalam program tersebut. Antara pengisian program ialah taklimat mengenai akaun atas talian, Lindungi alat komunikasi anda, skim penipuan atas talian, reputasi atas talian, dan cara menangani buli siber. Program diakhiri dengan soal jawab dan kuiz bersama peserta program.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali