Program Advokasi Dan Promosi Portal E-Kelas Di SMK Sungai Merah Sibu

28 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Ogos 2018, Isnin, Pusat Internet Kg. Bandong telah menganjurkan Program Advokasi dan Promosi Portal eKelas yang bertempat di Dewan Wawasan, SMK Sungai Merah Sibu. Program ini bermula pada pukul 11:00 pagi sehingga 1:00 tengah hari dan turut disertai oleh Pusat Internet Sibujaya, Rantau Panjang, Seduan Rantau Panjang dan Nanga Sekuau.

Program ini dihadiri oleh 225 orang pelajar Tingkatan 1 dan 9 orang guru. Antara pengisian program adalah seperti pengenalan kepada Pusat Internet dan program eKelas, taklimat dan pendaftaran portal eKelas serta taklimat ,kuiz dan tayangan video Advokasi. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mewujudkan kesedaran mengenai pentingnya penggunaan internet secara positif dan melahirkan semangat kerjasama antara peserta program melalui sesi soal jawab advokasi di samping mendedahkan kebaikan program eKelas dan cara penggunaan portal eKelas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali