Program Advokasi SK ST. Mary

27 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Julai 2018, Khamis, Pusat Internet Kg. Bandong telah menganjurkan Program Advokasi di SK St. Mary Sibu yang bertempat di Bilik Mesyuarat sekolah tersebut. Program ini berlangsung pada pukul 8:00 pagi sehingga 10:00 pagi. 49 orang pelajar tahun 5 dan 3 orang guru terlibat sama dalam Program Advokasi ini.

Program Advokasi yang dijalankan selama 2 jam ini merangkumi aktiviti seperti Pengenalan kepada PI1M dan Advokasi, Taklimat dan tayangan video Klik Dengan Bijak, Taklimat Buli Siber dan Permainan atas talian, Taklimat maklumat palsu dan Oversharing, pengenalan terhadap Online Grooming serta Taklimat Check Your Label dan Mobile eWaste. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mewujudkan kesedaran mengenai pentingnya penggunaan internet secara positif dan melahirkan semangat kerjasama antara peserta program melalui sesi soal jawab advokasi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali